Kehadiran lambakan komputer riba dalam pasaran pastinya membuatkan orang ramai semakin sukar membuat pilihan. Membincangkan soal pilihan majoriti khususnya golongan anak muda dan pelajar, pastinya mereka mendambakan sebuah komputer riba yang serba lengkap dan versatil untuk kegunaan harian.

Komputer riba tersebut bukan sahaja dapat memudahkan untuk tugasan kerja malah menarik untuk digunakan untuk berhibur dan sebagainya.

Melihat kepada permintaan daripada golongan ini, ASUS baru-baru ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu ASUS Vivobook 13 Slate OLED dalam menawarkan pakej lengkap buat para pengguna. Paling menarik, model ini merupakan model 2-dalam-1 di mana ia boleh digunakan sebagai komputer riba mahupun tablet. Menarik bukan?

Berikut merupakan lima perkara unik dan menarik yang tersedia pada ASUS Vivobook 13 Slate OLED yang mungkin tidak banyak tersedia pada model-model komputer riba yang lain di pasaran.

1) Skrin boleh lipat yang penuh versatil

Menariknya mengenai model ini adalah para pengguna berpeluang menjadikannya sebagai komputer riba mahupun sebuah tablet. Saiznya yang ideal dan ringan membolehkan anda menggunakannya bagi menyelesaikan tugasan harian sebagai komputer riba serta beralih untuk menonton Netflix atau bermain game secara terus menerusi mod tablet.

Hadir dengan saiz skrin 13.3-inci sekaligus memastikan pengguna mendapatkan pengalaman tontonan yang terbaik menerusi paparan OLED. Selain itu, para pengguna berpeluang menggunakannya tanpa sambungan keyboard yang tersedia.

2) ASUS Pen 2.0 stylus

Kehadiran ASUS Pen 2.0 stylus sememangnya menjadi suatu kelebihan buat pengguna komputer riba. Dengan tidak lagi menggunakan kertas atau buku, para pengguna berpeluang mencurahkan idea sama ada melukis atau bertulis secara terus kepada ASUS Vivobook 13 Slate OLED menerusi mod komputer riba mahupun tablet.

Oh ya, ASUS Pen 2.0 stylus sedia ditawarkan secara percuma menerusi pembelian ASUS Vivobook 13 Slate OLED ini. Dalam erti kata lain, pengguna tidak lagi perlu berbelanja lebih dalam mendapatkan ASUS Pen 2.0 stylus ini.

3) Skrin OLED yang memukau

Sekiranya anda seorang pengguna yang mementingkan kualiti skrin, model daripada ASUS adalah jawapannya. Begitu juga dengan model ASUS Vivobook 13 Slate OLED yang menawarkan saiz skrin 13.3-inci 16:9 dengan paparan OLED HDR beserta kecerahan 550 nits.

Sokongan PANTONE beserta 100% DCI-P3 color gamut sekaligus menjanjikan paparan terbaik buat para pengguna. Selain itu, para pengguna juga akan kurang terdedah kepada masalah mata kering sewaktu menonton skrin dalam tempoh yang panjang.

Semua ini berjaya dilakukan menerusi teknologi ASUS yang mampu mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 70% membuatkan anda lebih selesa untuk menonton pada skrin meskipun untuk tempoh yang panjang.

Turut membantu dalam memberi kepuasan berganda buat para pengguna menonton filem, siri atau aplikasi penstriman adalah penawaran Dolby Atmos Quad Speaker yang mampu menawarkan kualiti bunyi yang seakan berada di pawagam. Serius best!

4. Penawaran pengecasan pantas ASUS Quick Charge

Mampu digunakan secara penuh produktif beserta dua mod berbeza nampaknya bukan alasan buat ASUS dalam menawarkan pengecasan pantas buat para pengguna.

Membincangkan soal pengecasan pantas, pengguna hanya memerlukan sekitar 39 minit sahaja untuk mengecas daripada 0% ke 60% menerusi pengecas 65watt yang ditawarkan.

Selain itu, para pengguna juga berpeluang mengecas model ini dengan hanya menyambungnya bersama powerbank menerusi penggunaan kabel USB-C. Serius mudah.

5) Harga yang berbaloi

Membincangkan dari segi harga, ASUS Vivobook 13 Slate OLED sedia ditawarkan bermula 25 Januari 2022 lalu dengan harga bermula daripada RM3,499. Para pengguna berpeluang mendapatkannya menerusi laman rasmi ASUS, Shopee Dan Lazada serta pengedar rasmi ASUS.

Sebuah harga yang berbaloi melihatkan penawaran yang ditawarkan. Pengguna bukan sahaja menerima sebuah komputer riba malah sebuah tablet bersama yang dilengkapkan dengan ASUS Pen 2.0 stylus.

Sekiranya anda merupakan pengguna yang memerlukan komputer riba dan juga tablet dalam menjalankan tugas harian dan juga berhibur serta mahu mendapatkan hanya satu model yang versatil beserta harga yang berbaloi, ASUS Vivobook 13 Slate OLED adalah jawapannya.

Ikuti juga fungsi menarik yang tersedia bagi model ASUS Vivobook Pro 15 OLED yang dikhususkan buat penghasil konten muda yang pentingkan prestasi yang tinggi dalam menjalankan tugas harian.

Mampu Milik Dan Penuh Gaya, Ini Sebabnya ASUS Vivobook Pro 15 OLED Menjadi Pilihan Penghasil Konten Muda

Futuristik Dan Inovatif, Ini Barisan Model Terbaru ASUS Yang Dilancarkan Sempena CES 2022